Metod Pengsahihan Hadis

Berikut adalah beberapa metod pengsahihan hadis yang diajarkan oleh Ahlulbait(as)

1) Tafseer Al Ayyashi – Bab Meninggalkan Hadis Yang Bercanggahan Dengan Quran 

عن محمد بن مسلم قال: قال ابوعبدالله (عليه السلام): يا محمد ما جائك في رواية من بر أو فاجر يوافق القرآن فخذ به، وما جائك في رواية من بر او فاجر يخالف القرآن فلا تأخذ به

Abu Abdillah (as) bersabda:

“Wahai Muhammad, apabila sampai kepada kamu sebuah riwayat samada dari orang yang benar atau tidak yang selari dengan Al Quran, maka peganglah ia. Dan apa sahaja yang datang dari orang yang benar atau tidak yang bercanggahan dengan Quran, maka janganlah jadikan ia sebagai pegangan..”

See more here: http://www.tashayyu.org/hadiths/quran/abandoning-narrations-that-are-contrary-to-the-quran

2) Al Kafi : Kitab Keutamaan Ilmu : H 197, Ch. 22, h2

Muhammad ibn Yahya telah meriwayatkan dari ‘Abd Allah ibn Muhammad dari Ali ibn al-Hakam dari Aban ibn ‘Uthman dari ‘Abd Allah ibn abu Ya‘fur yang mengatakan berikut.

أنه حضر ابن أبي يعفور في هذا المجلس قال: سألت أبا عبدالله (عليه السلام) عن اختلاف الحديث يرويه من نثق به ومنهم من لا تثق به؟ قال إذا ورد عليكم حديث فوجدتم له شاهدا من كتاب الله أو من قول رسول الله (صلى الله عليه وآله) وإلا فالذي جاء كم به أولى به

“Di dalam sebuah perjumpaan yang mana Abu Ya’fur ada bersama, aku bertanya kepada Abu Abdillah(as) tentang perbezaan hadis yang diriwayatkan dari orang yang kami percayai dan tidak kami percayai.” Kemudian Imam membalas: “Jika kamu menjumpai sebuah hadis dan kami menjumpai bukti dari Quran untuk menyokongnya atau hadis dari Nabi(s)(maka ikutlah ia.)”

[Nota: Hadis ini Sahih walaupun dari sisi ilmu Rijal]

3) Rejaal al-Kashi, hal.195

Imam Sadiq (a.s) bersabda tentang al-Moghira Ibn Sa`id:

“Sesungguhnya al Mughira ibn Sa’id telah menambah-nambah di dalam kitab-kitab hadis para sahabat bapaku. Beliau menambah perkara yang tidak disebutkan oleh bapaku. Oleh itu, takutlah Allah dan janganlah menerima apa sahaja yang didakwa dari kami yang mencanggahi perkataan Tuhan dan hadis Nabi(s).”

Hadis-hadis di atas, sebenarnya sangat selari dengan ayat Quran berikut yang mengatakan kita tidak boleh menolak sesebuah hadis hanya kerana kurangnya keboleh percayaan pada perawinya.

Quran; Surah 49, ayat 6:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ

 “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya”

Maka berdasarkan ayat di atas, kita seharusnya menyelidiki dahulu kebenaran sesebuah hadis itu dan tidak terus menerima atau menolak hanya berdasarkan kredibiliti perawinya.

Perkara ini turut ditekankan oleh Syeikh al Kulaini, penulis kitab Al Kafi di dalam mukadimah kitabnya:

“Saudara ku, semoga Allah memberi hidayah kepada kalian, sememangnya, tidak mungkin bagi sesiapa pun untuk membezakan -sekurang-kurangnya berdasarkan spekulasi dirinya sendiri- antara riwayat-riwayat dari para ulama yang mempunyai perbezaan dalam pengriwayatannya. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengikuti  apa yang telah diajarkan oleh Imam(as): “Telitilah Al Quran, apa sahaja yang selari dengan Kitab Allah, maka ambillah. Apa sahaja yang menyanggahinya, tolaklah.”

Nota: Kata-kata Syeikh Al Kulaini ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah nasibi jahil bahawa beliau sendiri menyatakan kitabnya sahih.

Ada 2 sebuah lagi hadis yang menarik, yang mana para Aimmah(a) tidak membenarkan kita menolak mentah-mentah hadis yang dinisbahkan kepada mereka:

Hadis Larangan Satu

حدثنا محمد بن الحسين عن محمد بن اسماعيل عن حمزة بن بزيع عن على السنانى عن ابى الحسن ع انه كتب إليه في رسالة ولا تقل لما بلغك عنا أو نسب الينا هذا باطل وان كنت تعرفه خلافه فانك لا تدري لم قلنا وعلى أي وجه وصفة.

Muhammad b. al-Husayn meriwayatkan Muhammad b. Isma`il dari Hamza b. Bazi dari Ali the as-Sinani dari Abu ‘l-Hasan (as) ,

“Dan janganlah kamu katakan tentang apa yang telah sampai kepada kamu dari kami/ dinisbatkan kepada kamu, bahawa “ini adalah palsu”, walaupun kamu telah mengetahui lawannya. Ini sesungguhnya kerana kamu tidak mengetahui mengapa kami mengatakannya, dan berkaitan aspek apa yang disebutkan.”[Sumber: Basair Al-Darajat hal. 538]

Hadis Larangan Dua

[٩٦٩] ٢ – محمد بن الحسن الصفار في بصائر الدرجات، عن محمد بن الحسين بن أبي الخطاب، عن محمد بن سنان، عن عمار بن مروان، عن المنخل، عن جابر قال: قال أبو جعفر ع: قال رسول الله (ص): إن حديث آل محمد صعب مستصعب، لا يؤمن به إلا ملك مقرب أو نبي مرسل أو عبد امتحن الله قلبه للإيمان، فما ورد عليكم من حديث آل محمد فلانت له قلوبكم وعرفتموه، فاقبلوه وما اشمأزت قلوبكم وأنكرتموه فردوه إلى الله وإلى الرسول وإلى العالم من آل محمد، وإنما الهالك أن يحدث بشئ منه لا يحتمله فيقول: والله ما كان هذا ثلاثا.

Sesungguhnya hadis-hadis keluarga Muhammad adalah sangat sulit dan menyulitkan. Hanya malaikat muqarrab, atau Nabi yang diutus atau hamba yang mana Allah telah menguji imannya sahaja yang akan mempercayainya. Jadi apa sahaja yang datang kepada kamu dari hadis keluarga Muhammad, dan hati kamu ringan ke arahnya, maka terimalah. Jika hati kamu menafikannya, maka pulangkanlah ia pada ALlah, RasulNya atau alim dari keluarga Muhammad. Dan mereka yang dimusnahkan itu adalah mereka yang meriwayatkan sesuatu yang hati mereka membencinya lalu dia mengatakan “Demi Allah, ini bukanlah ia” sebanyak 3 kali.(Bermaksud menafikan hadis tersebut) [Sumber: Fusul al Muhimmah, bab 39]

2 thoughts on “Metod Pengsahihan Hadis

  1. Sangat tidak ilmiah… padahal Al-Qur’an memberi ibrah/contoh (bukan QIYAS) bahwa rijal sanad itu perlu diperhatikan sebagaimana penuduh zina tanpa 4 saksi harus ditolak kesaksiannyya SELAMA-LAMANYA ^_^

    وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
    Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

    1. Kami hanya berkongsi metod yang diajarkan oleh Ahlulbait, tanpa sebarang penambahan atau pengurangan. Namun tidak mengapa kerana hadis di dalam laman ini juga turut mengaplikasikan jarh wa ta’dil perawi sebagai secondary method. ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s