Perihal Perang Uhud Dan Zulfiqar

Hadith

 

 محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد بن عيسى، عن علي بن الحكم، عن الحسين أبي العلاء الخفاف، عن أبي عبد الله (عليه السلام) قال: لما انهزم الناس يوم أحد عن النبي (صلى الله عليه وآله) انصرف إليهم بوجهه وهو يقول: أنا محمد أنا رسول الله لم أقتل ولم أمت، فالتفت إليه فلان وفلان فقالا: الآن يسخر بنا أيضا وقد هزمنا وبقي معه علي (عليه السلام) وسماك بن خرشة أبو دجانة رحمه الله  فدعاه النبي (صلى الله عليه وآله) فقال: يا أبا دجانة انصرف وأنت في حل من بيعتك، فأما علي فأنا هو وهو أنا فتحول وجلس بين يدي النبي (صلى الله عليه وآله) وبكى وقال: لا والله ورفع رأسه إلى السماء وقال: لا والله لا جعلت نفسي في حل من بيعتي إني بايعتك فإلى من أنصرف يا رسول الله إلى زوجة تموت أو ولد يموت أو دار تخرب ومال يفنى وأجل قد اقترب، فرق له النبي (صلى الله عليه وآله) فلم يزل يقاتل حتى أثخنته الجراحة  وهو في وجه وعلي (عليه السلام) في وجه فلما أسقط احتمله علي (عليه السلام) فجاء به إلى النبي (صلى الله عليه وآله) فوضعه عنده، فقال: يا رسول الله أوفيت ببيعتي؟ قال: نعم، وقال له النبي (صلى الله عليه وآله) خيرا، وكان الناس يحملون على النبي (صلى الله عليه وآله) الميمنة فيكشفهم علي (عليه السلام) فإذا كشفهم أقبلت الميسرة إلى النبي (صلى الله عليه وآله)، فلم يزل كذلك حتى تقطع سيفه بثلاث قطع، فجاء إلى النبي (صلى الله عليه وآله) فطرحه بين يديه وقال: هذا سيفي قد تقطع فيومئذ أعطاه النبي (صلى الله عليه وآله) ذا الفقار ولما رأى النبي (صلى الله عليه وآله) اختلاج  ساقيه من كثرة القتال رفع رأسه إلى السماء وهو يبكي وقال: يا رب وعدتني أن تظهر دينك وإن شئت لم يعيك  فأقبل علي (عليه السلام) إلى النبي (صلى الله عليه وآله) فقال: يا رسول الله أسمع دويا شديدا وأسمع أقدم حيزوم  وما أهم أضرب أحدا إلا سقط ميتا قبل أن أضربه؟ فقال هذا جبرئيل وميكائيل و إسرافيل في الملائكة ثم جاء جبرئيل (عليه السلام) فوقف إلى جنب رسول الله (صلى الله عليه وآله) فقال: يا محمد إن هذه لهي المواساة فقال: إن عليا مني وأنا منه فقال جبرئيل: وأنا منكما، ثم انهزم الناس فقال رسول الله (صلى الله عليه وآله) لعلي (عليه السلام): يا علي أمض بسيفك حتى تعارضهم فإن رأيتهم قد ركبوا القلاص  وجنبوا الخيل فإنهم يريدون مكة وإن رأيتهم قد ركبوا الخيل وهم يجنبون القلاص فإنهم يريدون المدينة

Muhammad Bin Yahya, dari Ahmad Bin Muhammad Bin Isa, dari Ali Bin Al-Hakam, dari Al-Husayn Abu Al-A’ala Al-Khaffaf, yang meriwayatkan:

Abu Abdullah(عليه السلام) bersabda:”Apabila manusia telah dikalahkan di Hari Uhud dan mereka melarikan diri dari Nabi(s), baginda berpaling kepada mereka dan bersabda: “Aku adalah Muhammad! Akulah Rasulullah(s)! Aku tidak terbunuh dan tidak juga mati”. Si fulan dan si fulan berpaling kepada baginda(s) dan berkata: “Sekarang dia sedang mengolok-olokkan kita pula dan kita sudah dikalahkan. Dan bersama baginda adalah Ali(a) dan Samaakk Bin Kharsha Abu Dujana, semoga Allah merahmati beliau.

Jadi Nabi(s) memanggil-manggil beliau dan bersabda: “Wahai Abu Dujana! Pergilah! Kerana kamu telah dibebaskan dari janji taat setia mu. Sementara Ali, aku adalah dia dan dia adalah aku.” Jadi beliau datang dan duduk di hadapan Nabi(s) sambil menangis lalu berkata: “Tidak, demi Allah! Aku tidak akan membebaskan diri ku dari perjanjian taat setia ini. Aku telah memberikan perjanjian taat setia kepada mu, jadi ke mana harus aku pergi?? Kepada isteri yang akan mati, atau kepada anak yang akan mati, atau kepada rumah yang akan rosak atau kepada harta yang musnah, dan kematian yang kian mendekat? Jadi Nabi(s) membiarkan beliau, dan beliau tidak berhenti bertempur sehinggalah beliau menjadi lemah kerana kecederaan, dan beliau di satu sisi sementara Ali berada di satu sisi baginda(s).

 

Jadi apabila beliau terjatuh, Ali mengangkat beliau kepada Nabi(s), dan meletakkan beliau berdekatan baginda(s). Jadi beliau berkata: “Ya Rasulullah(s), adakah aku setia kepada bai’ah ku?” Baginda menjawab ya dan mengatakan perkara yang baik tentang beliau. Kemudian musuh menyerang baginda(s) dari kanan, maka Ali mempertahankan beliau. Kemudian mereka menyerang pula dari kiri. Keadaan ini berterusan sehinggalah pedang Ali patah kepada tiga bahagian. Jadi beliau pulang kepada Nabi(s) dan menunjukkan pedang tersebut lalu berkata: ” Ini adalah pedangku yang telah patah.” Maka di hari itulah Nabi(s) memberikan kepada Ali Zulfiqar.

Dan apabila Nabi(s) melihat Ali sudah penat akibat kekerapan pertempuran, baginda mendongakkan kepala baginda ke langit, sambil menangis baginda(s) berdoa: “Ya Tuhanku! Kau telah menjanjikan ku untuk menjadikan agamaMu menang, dan jika Kau mahu, ini tidak akan memenatkan mu.” Ali berpaling kepada Rasulullah(s): “Ya Rasulullah(s), aku mendengar dentuman yang kuat dan hentakan Haizoum(kuda Jibrail), dan aku tidak menyerang sesiapun melainkan mereka akan mati sebelum aku menyerang mereka.” Jadi baginda(s) bersabda: “Inilah Jibrail dan Mika’il dan Israfil dari kalangan para malaikat.”

 

Kemudian Jibrail pergi ke sisi Rasulullah(s), beliau berkata: “Ya Muhammad(s), inilah kesenangan.” Jadi baginda(s) bersabda: “Ali adalah dari ku dan aku adalah darinya.” Lalu  Jibrail berkata: “Dan aku adalah dari kalian berdua.” Kemudian musuh telah berjaya dikalahkan. Maka Rasulullah(s) bersabda kepada Ali(a): “Wahai Ali! Pergilah dengan pedang mu sehinggalah kamu berhadapan dengan mereka. Jika kamu melihat melihat mereka menunggang unta dan kuda berada di sisi mereka, maka mereka mahu bergerak ke Makkah. Dan jika kamu melihat mereka menunggang kuda sementara unta berada di sisi mereka, maka mereka mahu pergi ke Al Madinah.

Sumber: Al-Kafi by Kulayni,Vol 8,hal 318,H 502

Gred Hadis:

  1. Majlisi:”Hasan” (Mirat ul Uqool 26/431)
  2. Al-Musawi al-Hilli:”Mo’tabar” (al-Mo’tabar man al-Hadith al-Kafi,Kitab al-Rawadah,H 502)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s