Duduk Secara Tawaruk Dalam Solat

Hadith

Salah satu Sunnah yang jarang diketahui atau didengari oleh awam orang Syiah adalah duduk secara tawaruk. InsyaAllah, berikut dikongsikan dalil-dalilnya.

Hadis Pertama

…و قعد على فخذه الأيسر قد وضع قدمه الأيمن على بطن قدمه الأيسر… 

“..Dan duduklah di atas peha kiri, dan letakkan kaki kanan di atas “perut” kaki kiri..Al-Tusi, Tahdhib Al-Ahkam, jil. 2, bab. 8, hal. 82

Status Hadis: Al-Majlisi mengatakan hadis ini Hasan –> Milaadh Al-Akhyaar, vol. 3, hal. 539

Hadis Kedua

Al Majlisi meriwayatkan sebuah lagi hadis sahih dari Hammad ibn Isa seperti di bawah.

…قَعَدَ عَلَى جَانِبِهِ الْأَيْسَرِ وَ وَضَعَ ظَاهِرَ قَدَمِهِ الْيُمْنَى عَلَى بَاطِنِ قَدَمِهِ الْيُسْرَى…

Beliau duduk di atas bahagian kiri beliau dan meletakkan bahagian luar kaki kanannya di atas perut kaki kiri..”Al-Saduq, Man la YaHDuruh Al-Faqih, vol. 1, hal. 302

Status Hadis: Al-Majlisi mengatakan hadis ini Sahih–> Milaadh Al-Akhyaar, vol. 3, hal. 539

Hadis Ketiga

Berikut pula adalah hadis yang lebih jelas:

قَالَ وَ إِذَا قَعَدْتَ فِي تَشَهُّدِكَ فَأَلْصِقْ رُكْبَتَيْكَ بِالْأَرْضِ وَ فَرِّجْ بَيْنَهُمَا شَيْئاً وَ لْيَكُنْ ظَاهِرُ قَدَمِكَ الْيُسْرَى عَلَى الْأَرْضِ وَ ظَاهِرُ قَدَمِكَ الْيُمْنَى عَلَى بَاطِنِ قَدَمِكَ الْيُسْرَى وَ أَلْيَتَاكَ عَلَى الْأَرْضِ وَ طَرَفُ إِبْهَامِكَ الْيُمْنَى عَلَى الْأَرْضِ

Beliau(as) bersabda: “Dan bila kamu duduk dalam tashahud, jadikanlah jari kaki kamu tegak di atas tanah dan lapangkanlah antaranya, dan jadikan luaran kaki kiri kamu di atas tanah dan luaran kaki kanan kamu di atas perut kaki kiri kamu, dan punggung mu di atas tanah dan jari kaki kanan kamu di atas tanah.” Al-Kulayni, Al-Kafi, vol. 3, hal. 334 – 335, hadis # 1

Status Hadis : Al-Majlisi menyebutkan hadis ini “Hasan, sanad kedua Majhul, dan sanad ketiga Sahih”–> Mir’at Al-`Uqul, vol. 15, hal. 154

Berikutnya adalah pandangan ulama awal tentang bila perlunya duduk secara tawaruk ini.

1.     Duduk di antara dua sujud

2.     Ketika tashahud.

Pendapat Pertama 

فإذا فرغت منه رفعت رأسك من السّجود. فإذا استويت جالسا، قلت: «اللّه أكبر» و ليكن جلوسك على فخذك الأيسر. تضع ظاهر قدمك الأيمن على بطن قدمك الأيسر

Apabila selesai(mengucapkan tasbih dalam sujud), angkatlah kepalamu dari sujud, dan duduk tegak, dan sebutlah “Allahu Akbar”, dan duduklah di atas peha kiri. Dan letakkan luaran kaki kanan di atas perut kaki kiri.” Al-Tusi, Al-Nihayah fi Mujarrad Al-Fiqh wa Al-Fatawa, halaman 72

Pendapat Kedua

أن يجلس متوركا و صفته أن يجلس على وركه الأيسر و يخرج رجليه جميعا فيجعل ظاهر قدمه الأيسر إلى الأرض و ظاهر قدمه الأيمن إلى باطن الأيسر

Duduk dalam tawaruk, sifat-sifatnya adalah: duduk di atas pinggul kiri, dan keluarkan kedua kaki, dan menjadikan luaran kaki kiri berada di atas tanah dan luaran kaki kanan di atas perut kaki kiri.” Al-Muhaqqiq Al-Hilli, Shara-i’ Al-Islam, vol. 1, hal. 78

Pendapat Sayed Sistani

Berikut pula apa yang dikatakan oleh Sayed Sistani tentang tawaruk:

“1112. “Adalah mustahab untuk duduk di atas peha kiri ketika tashahud, dan meletakkan bahagian atas kaki kanan ke atas bahagian belakang kaki kiri.” Al-Sistani, Risalah, Kitab Al-Salah, Bab Tashahud, Hukum # 1112

Di bawah adalah soalan yang ditanyakan tentang tawaruk kepada beliau:

sistani_tawarruk_arabic[1]

هل يمكن التورك علی فخذ الساق بين السجدتين ؟

Soalan: “Bolehkah duduk secara tawaruk di antara dua sujud?”

التورك المستحب هوان يجلس علی فخذه الايسر جاعلاً ظهر القدم اليمنی في بطن اليسری وغير هذه الحالة غير مستحب وان كان جائزاً

Jawaban: “Tawaruk adalah mustahab, duduk dalam kerendahan di atas peha kiri dan menjadikan luaran kaki kanan duduk di perut kaki kiri dan selain dari ini adalah tidak disukai dan ja’iz.”

Contoh Gambar

IMG00123-20100902-2307[1] IMG00124-20100902-2307[1]

Selamat Beramal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s