Adakah Sahabat Imam Itu Mujtahid?

Hadith

 

Kuliah Dars al Kharij oleh Sayed Kamal al Haidari

 

قد يتصور البعض ـ جراء ابتلائه بشبهة مصداقية ـ بأنَّ دراسة وإتقان مفردات البحث الأصولي كافية في صيرورة الشخص فقيهاً، لكن هذا التصور محض توهم ليس إلا؛ فالاجتهاد ليس مقولة متواطئة، بل مشككة، بمعنى أنه قد يكون هناك إنسان مجتهد في زمن الشيخ الطوسي ولكن إذا أتيت به إلى مقاييس الاجتهاد في زماننا فإنه لا يعد مجتهداً بالمرة. 

 

 

 

وهذا ينطبق على الفقهاءالمعاصرين لزمن الأئمة (عليهم السلام)، الذين يعبّر عنهم السيد الخوئي في كتابه (التنقيح في شرح العروة الوثقى) بـ (فقهاء الأئمة [عليهم السلام]) ـ فـزرارة ليس براوي فقط، بل وفقيه أيضاً، ولكن ليس بمعنى أنه يستطيع أن يكتب علم الأصول كما كتبه الشيخ الأنصاري، أو أن يكتب فقهاً كما هو في [جواهر الكلام] للشيخ الجواهري، أو في [مستمسك العروة الوثقى] للسيد الحكيم، أو في [التنقيح في شرح العروة الوثقى] للسيد الخوئي، إنما هو ومن سواه من فقهاء ذاك العصر (فقهاءٌ) بمستوى عملية الاجتهاد التي تكشف عنها أسئلتهم التي سألوها الأئمة والأجوبة التي جاءتهم، وليس أكثر من هذا. فقهاء ليس لديهم من علم الأصول والقواعد الاجتهادية إلا روايتين أو ثلاث أو أربع روايات في باب التعارض، ورواية أو روايتين في باب الاستصحاب. 

 

 

 

وهذا هو بالتحديد ما عبَّر عنه الشيخ الطوسي (رحمة الله تعالى عليه) عندما تحدث قائلاً: إن أكثر الفقهاء حتى زماننا هذا كانت مسائلهم العملية تكتفي بطرح نفس النصوص الواردة في الروايات وتلتزم بها حرفياً

 

 

Sesetengah orang sering menggambarkan, kerana telah dianggap secara salah sebagai fakta, menuntut ilmu dan mencapai kesempurnaan dalam usul al fiqh adalah cukup untuk menjadikan seseorang itu faqih, namun gambaran ini adalah salah, dan bukan perkara lain, kerana ijtihad bukanlah kata-kata yang dipersetujui tetapi sentiasa skeptikal/mempersoalkan, bermaksud, jika seseorang itu adalah mujtahid di zaman Syeikh Tusi, dan beliau dihakimi dengan standard ijtihad di zaman kita, maka beliau tidak dianggap sebagai mujtahid sama sekali.

 

 

Perkara ini juga sama kepada fuqaha di zaman Imam, yang dianggap sebagai fuqaha oleh Sayed Al Khoie di dalam kitabnya “Al Tanqih fi Sharh al Urwatul Wuthqa”. Oleh itu(sebagai contoh), Zurarah bukan sahaja seorang perawi hadis, malah beliau juga merupakan seorang yang faqih. Namun ini tidak bermakna beliau mampu menulis sebuah topik dalam bab Usul Al Fiqh seperti Syeikh Murtadha al Ansari, atau menulis sebuah topik dalam fiqh seperti Jawahirul Kalam oleh Syeikh Jawahiri, Mustamasak al Urwatul Wuthqa oleh Sayed al Hakim. Tahap praktis ijtihad beliau(Zurarah) dan fuqaha lain di zaman beliau adalah terhad kepada bertanya soalan kepada Imam dan mendapat jawaban, tidak lebih dari ini. Mereka tidak mempunyai fuqaha dalam bidang usul al fiqh dan kaedah-kaedah ijtihad, apa yang dapat dilihat dari mereka dalam hal ini adalah tiga atau empat riwayat dalam topik ta’arudh(hadis yang menerangkan bagaimana untuk menyelesaikan kontradiksi dalam hadis) dan dalam hal istishab.

 

 

Ini tepat sekali dengan apa yang dikatakan oleh Syeikh Tusi dalam (al Masut, jil 1 hal 21): “Kebanyakan fuqaha sehingga sekarang adalah terhad dalam memberi hukum melalui hadis itu sendiri dan berpegang kepadanya secara harfiah.”

=====

Kesimpulan

  1. Sistem ilmu alat yang diwajibkan oleh sistem masa kini sebagai syarat untuk menjadi mujtahid, tidak pernah dijadikan sandaran oleh para sahabat Imam juga para ulama awal.
  2. Ulama silam berpegang kepada hadis-hadis Aimmah secara harfiah, tanpa sebarang penakwilan dengan ilmu alat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s