Fusul al Muhimma Bab 14 – Tidak Dibenarkan Taqlid Kepada Ghair Ma’sum Dalam Hukum Syar’i

باب 14 – عدم جواز تقليد غير المعصوم في الاحكام الشرعية

Nota Al Muhaddis: Selain dari nota ini, segala yang di bawah adalah tulisan Syeikh Hurr al Amili dalam kitabnya, Fusul Al Muhimma.

Hadith

Bab 14 – Tidak Dibenarkan Taqlid Kepada Ghair Ma’sum Dalam Hukum Syar’i

 

[ 764 ] 1 – محمد بن يعقوب، عن عدة من اصحابنا، عن أحمد بن محمد بن خالد، عن عبد الله بن يحيى، عن ابن مسكان، عن أبى بصير، عن أبى عبد الله ع قال: قلت له: (إتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله) فقال: أما والله ما دعوهم إلى عبادة انفسهم ولو دعوهم ما أجابوهم ولكن أحلوا لهم حراما وحرموا عليهم حلالا فعبدوهم من حيث لا يشعرون.

 

1 – Muhammad b. Ya`qub dari beberapa sahabat dari Ahmad b. Muhammad b. Khalid dari `Abdullah b. Yahya dari Ibn Muskan dari Abu Basir dari Abu `Abdillah عليه السلام.  Beliau berkata: Aku mengatakan padanya: “Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”. (9:31) Jadi beliau bersabda: Sungguh, demi Allah, mereka(para ulama) tidak menyeru agar mereka disembah, tetapi mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Jadi manusia menyembah mereka tanpa disedari.

اقول: والاحاديث في ذلك متواترة، ذكرنا جملة منها في الكتاب المذكور.

Aku katakan: Hadis tentang perkara ini adalah mutawattir, kami telah menyebut sesetengah darinya di dalam yang disebutkan.

 

[ 765 ] 2 – فمن ذلك قول الصادق ع: اياك وهؤلاء الرؤساء الذين يترأسون فوالله ما خفقت النعال خلف احد إلا هلك وأهلك.

 

[ 766 ] 3 – وقوله ع: اياك أن تنصب احدا دون الحجة، فتصدقه في كل ما قال.

3 – Dan beliau(as) bersabda: “Dan berhati-hatilah apabila kamu melantik seseorang selain dari Hujjah, dan kamu mempercayai segala yang dia ucapkan.”

 

[ 767 ] 4 – وقوله ع: من أطاع رجلا في معصية فقد عبده.

4 – Dan beliau(as): Barangsiapa yang mentaati seorang lelaki dalam(hal yang) dosa telah menyembahnya.”

 

[ 768 ] 5 – وقول الباقر ع: من أصغى إلى ناطق فقد عبده فإن كان الناطق يؤدي عن الله فقد عبد الله وان كان الناطق يؤدي عن ابليس فقد عبد ابليس.

 

5 – Dan dari sabda al Baqir(as): “Barangsiapa yang mendengar kepada seorang speaker telah menyembahnya, jadi jika speaker itu dari Allah, maka dia telah menyembah Allah, dan jika speaker itu dari Iblis, maka dia telah menyembah Iblis.

 

[ 769 ] 6 – وقوله ع: كل ما لم يخرج من هذا البيت فهو باطل.

 

6 –  Dan beliau(as) bersabda: “Apa sahaja yang tidak datang dari rumah ini adalah bathil.

 

[ 770 ] 7 – وقول الصادق ع: يا معشر الاحداث اتقوا الله ولا تأتوا الرؤساء دعوهم حتى يسيروا أذنابا، لا تتخذوا الرجال ولايج من دون الله انا والله خير لكم منهم

 

7 –  As Sadiq(as) bersabda: “Wahai orang-orang muda, takut lah kepada Allah dan janganlah pergi kepada para ketua, tinggalkanlah mereka… Jangan mengambil mereka sebagai kawan rapat selain dari Allah. Aku -demi Allah- adalah lebih baik untuk kamu dari mereka.”

 

[ 771 ] 8 – وقول علي ع: نحن الشعار والاصحاب والخزنة والابواب ولا تؤتى البيوت إلا من أبوابها فمن أتاها من غير ابوابها سمى سارقا.

 

8 – Ali(as) bersabda: “Kamilah panji dan sahabat, dan bendahari dan pintu-pintunya. Dan sesebuah rumah tidak dimasuki selain dari melalui pintunya. Barangsiapa yang memasuki selain dari pintu digelar pencuri.

 

[ 772 ] 9 – وقوله ع: انما الناس رجلان، متتبع شرعة، ومبتدع بدعة.

 

9 – Beliau(as) bersabda: “Manusia hanya ada dua; pengikut hukum syar’I dan pembuat bida’ah.”

 

[ 773 ] 10 – وقول الصادق ع: دع القياس والرأي وما قال قوم في دين الله ليس له برهان.

 

10 – As Sadiq(as): “Tinggalkanlah qiyas dan pendapat(ar-ra’y) dan apa yang satu kaum katakan tentang agama Allah tanpa sebarang bukti.”

 

إلى غير ذلك من الاحاديث الكثيرة جدا.

 

…Dan selain ini ada banyak hadis.

Perihal Perang Uhud Dan Zulfiqar

Hadith

 

 محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد بن عيسى، عن علي بن الحكم، عن الحسين أبي العلاء الخفاف، عن أبي عبد الله (عليه السلام) قال: لما انهزم الناس يوم أحد عن النبي (صلى الله عليه وآله) انصرف إليهم بوجهه وهو يقول: أنا محمد أنا رسول الله لم أقتل ولم أمت، فالتفت إليه فلان وفلان فقالا: الآن يسخر بنا أيضا وقد هزمنا وبقي معه علي (عليه السلام) وسماك بن خرشة أبو دجانة رحمه الله  فدعاه النبي (صلى الله عليه وآله) فقال: يا أبا دجانة انصرف وأنت في حل من بيعتك، فأما علي فأنا هو وهو أنا فتحول وجلس بين يدي النبي (صلى الله عليه وآله) وبكى وقال: لا والله ورفع رأسه إلى السماء وقال: لا والله لا جعلت نفسي في حل من بيعتي إني بايعتك فإلى من أنصرف يا رسول الله إلى زوجة تموت أو ولد يموت أو دار تخرب ومال يفنى وأجل قد اقترب، فرق له النبي (صلى الله عليه وآله) فلم يزل يقاتل حتى أثخنته الجراحة  وهو في وجه وعلي (عليه السلام) في وجه فلما أسقط احتمله علي (عليه السلام) فجاء به إلى النبي (صلى الله عليه وآله) فوضعه عنده، فقال: يا رسول الله أوفيت ببيعتي؟ قال: نعم، وقال له النبي (صلى الله عليه وآله) خيرا، وكان الناس يحملون على النبي (صلى الله عليه وآله) الميمنة فيكشفهم علي (عليه السلام) فإذا كشفهم أقبلت الميسرة إلى النبي (صلى الله عليه وآله)، فلم يزل كذلك حتى تقطع سيفه بثلاث قطع، فجاء إلى النبي (صلى الله عليه وآله) فطرحه بين يديه وقال: هذا سيفي قد تقطع فيومئذ أعطاه النبي (صلى الله عليه وآله) ذا الفقار ولما رأى النبي (صلى الله عليه وآله) اختلاج  ساقيه من كثرة القتال رفع رأسه إلى السماء وهو يبكي وقال: يا رب وعدتني أن تظهر دينك وإن شئت لم يعيك  فأقبل علي (عليه السلام) إلى النبي (صلى الله عليه وآله) فقال: يا رسول الله أسمع دويا شديدا وأسمع أقدم حيزوم  وما أهم أضرب أحدا إلا سقط ميتا قبل أن أضربه؟ فقال هذا جبرئيل وميكائيل و إسرافيل في الملائكة ثم جاء جبرئيل (عليه السلام) فوقف إلى جنب رسول الله (صلى الله عليه وآله) فقال: يا محمد إن هذه لهي المواساة فقال: إن عليا مني وأنا منه فقال جبرئيل: وأنا منكما، ثم انهزم الناس فقال رسول الله (صلى الله عليه وآله) لعلي (عليه السلام): يا علي أمض بسيفك حتى تعارضهم فإن رأيتهم قد ركبوا القلاص  وجنبوا الخيل فإنهم يريدون مكة وإن رأيتهم قد ركبوا الخيل وهم يجنبون القلاص فإنهم يريدون المدينة

Muhammad Bin Yahya, dari Ahmad Bin Muhammad Bin Isa, dari Ali Bin Al-Hakam, dari Al-Husayn Abu Al-A’ala Al-Khaffaf, yang meriwayatkan:

Abu Abdullah(عليه السلام) bersabda:”Apabila manusia telah dikalahkan di Hari Uhud dan mereka melarikan diri dari Nabi(s), baginda berpaling kepada mereka dan bersabda: “Aku adalah Muhammad! Akulah Rasulullah(s)! Aku tidak terbunuh dan tidak juga mati”. Si fulan dan si fulan berpaling kepada baginda(s) dan berkata: “Sekarang dia sedang mengolok-olokkan kita pula dan kita sudah dikalahkan. Dan bersama baginda adalah Ali(a) dan Samaakk Bin Kharsha Abu Dujana, semoga Allah merahmati beliau.

Jadi Nabi(s) memanggil-manggil beliau dan bersabda: “Wahai Abu Dujana! Pergilah! Kerana kamu telah dibebaskan dari janji taat setia mu. Sementara Ali, aku adalah dia dan dia adalah aku.” Jadi beliau datang dan duduk di hadapan Nabi(s) sambil menangis lalu berkata: “Tidak, demi Allah! Aku tidak akan membebaskan diri ku dari perjanjian taat setia ini. Aku telah memberikan perjanjian taat setia kepada mu, jadi ke mana harus aku pergi?? Kepada isteri yang akan mati, atau kepada anak yang akan mati, atau kepada rumah yang akan rosak atau kepada harta yang musnah, dan kematian yang kian mendekat? Jadi Nabi(s) membiarkan beliau, dan beliau tidak berhenti bertempur sehinggalah beliau menjadi lemah kerana kecederaan, dan beliau di satu sisi sementara Ali berada di satu sisi baginda(s).

 

Jadi apabila beliau terjatuh, Ali mengangkat beliau kepada Nabi(s), dan meletakkan beliau berdekatan baginda(s). Jadi beliau berkata: “Ya Rasulullah(s), adakah aku setia kepada bai’ah ku?” Baginda menjawab ya dan mengatakan perkara yang baik tentang beliau. Kemudian musuh menyerang baginda(s) dari kanan, maka Ali mempertahankan beliau. Kemudian mereka menyerang pula dari kiri. Keadaan ini berterusan sehinggalah pedang Ali patah kepada tiga bahagian. Jadi beliau pulang kepada Nabi(s) dan menunjukkan pedang tersebut lalu berkata: ” Ini adalah pedangku yang telah patah.” Maka di hari itulah Nabi(s) memberikan kepada Ali Zulfiqar.

Dan apabila Nabi(s) melihat Ali sudah penat akibat kekerapan pertempuran, baginda mendongakkan kepala baginda ke langit, sambil menangis baginda(s) berdoa: “Ya Tuhanku! Kau telah menjanjikan ku untuk menjadikan agamaMu menang, dan jika Kau mahu, ini tidak akan memenatkan mu.” Ali berpaling kepada Rasulullah(s): “Ya Rasulullah(s), aku mendengar dentuman yang kuat dan hentakan Haizoum(kuda Jibrail), dan aku tidak menyerang sesiapun melainkan mereka akan mati sebelum aku menyerang mereka.” Jadi baginda(s) bersabda: “Inilah Jibrail dan Mika’il dan Israfil dari kalangan para malaikat.”

 

Kemudian Jibrail pergi ke sisi Rasulullah(s), beliau berkata: “Ya Muhammad(s), inilah kesenangan.” Jadi baginda(s) bersabda: “Ali adalah dari ku dan aku adalah darinya.” Lalu  Jibrail berkata: “Dan aku adalah dari kalian berdua.” Kemudian musuh telah berjaya dikalahkan. Maka Rasulullah(s) bersabda kepada Ali(a): “Wahai Ali! Pergilah dengan pedang mu sehinggalah kamu berhadapan dengan mereka. Jika kamu melihat melihat mereka menunggang unta dan kuda berada di sisi mereka, maka mereka mahu bergerak ke Makkah. Dan jika kamu melihat mereka menunggang kuda sementara unta berada di sisi mereka, maka mereka mahu pergi ke Al Madinah.

Sumber: Al-Kafi by Kulayni,Vol 8,hal 318,H 502

Gred Hadis:

  1. Majlisi:”Hasan” (Mirat ul Uqool 26/431)
  2. Al-Musawi al-Hilli:”Mo’tabar” (al-Mo’tabar man al-Hadith al-Kafi,Kitab al-Rawadah,H 502)

Mengubati Mata Yang Lemah

Hadith

مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنِ ابْنِ مَحْبُوبٍ عَنْ جَمِيلِ بْنِ صَالِحٍ قَالَ قُلْتُ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ ع إِنَّ لَنَا فَتَاةً كَانَتْ تَرَى الْكَوْكَبَ مِثْلَ الْجَرَّةِ قَالَ نَعَمْ وَ تَرَاهُ مِثْلَ الْحُبِّ قُلْتُ إِنَّ بَصَرَهَا ضَعُفَ قَالَ اكْحُلْهَا بِالصَّبِرِ وَ الْمُرِّ وَ الْكَافُورِ أَجْزَاءً سَوَاءً قَالَ فَكَحَلْنَاهَا بِهِ فَنَفَعَهَا

Dari Jamīl bin Ṣāliḥ berkata,aku berkata kepada Abī `Abd Allāh (عليه السلام): “Dari kalangan kami adalah seorang gadis muda, beliau dahulunya dapat melihat jelas bintang-bintang.” Beliau bersabda(as): “Ya sekarang dia tidak dapat lagi berbuat demikian.” Aku berkata: “Penglihatannya telah menjadi lemah.” Beliau(as) bersabda: “Sapukan Al Sabr(Aloe), Al Murr dan kapur kepada matanya.” Jadi kami sapukan kepada beliau dan ia berkesan.”

Sumber: Al-Kulaynī, Al-Kāfī, jil. 8, hal. 383, hadis # 581

Gred: Al-Majlisī mengatakan hadis ini Ṣaḥīḥ Mir’āt Al-`Uqūl,

Patriotisme

Hadith

Hadis Pertama

ـ الإمامُ عليٌّ (عَلَيهِ الّسَلامُ): عَمُرَتِ البُلدانُ بِحُبِّ الأوطانِ

Imam Ali(as) berkata: “Negara-negara berkembang pesat kerana sifat patriotsma(hubbul watan).”{Bihar al-Anwar,jil. 78, hal45, no. 50]

Hadis Kedua

لإمامُ عليٌّ (عَلَيهِ الّسَلامُ): مِن كَرَمِ المَرءِ بُكاؤهُ على ما مَضى مِن زَمانِهِ،وحَنينُهُ إلى أوطانِهِ، وحِفظُهُ قَديمَ إخوانِهِ

Imam Ali (AS)berkata:  ‘Maruah seorang lelaki bergantung kepada tangisannya terhadap perkara silam, kasih sayangnya kepada tanah airnya dan sifat melindungi terhadap saudara yang lebih tua.’[Bihar al-Anwar, jil. 74, hal. 264, no. 3]

Hadis Ketiga

رُويَ: حُبُّ الوَطَنِ مِن‏الإيمانِ

Diriwayatkan bahawa: “Patriotisma itu adalah sebahagian dari agama”[Safinat al-Bihar, jil. 8, hal. 525]

Hadis keempat

رسولُ اللهِ‏ِ (صَلَّيَ اللهُ عَلَيهِ وَ آلِهِ): إنّ اللّه‏َ عز و جل يُبغِضُ رجُلاً يُدخَلُ علَيهِ في بَيتِهِ ولا يُقاتِلُ

Rasulullah(sawa) bersabda:” Sesungguhnya Allah membenci seseorang yang menceroboh rumahnya, tetapi dia(pemilik) tidak menyerangnya.”[‘Uyun Akhbar al- Ridha (AS), Jil 2, hal. 28, no. 24]

Peristiwa Ghadir dan Ayat Quran Berkaitan

Hadith

عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ عُمَرَ بْنِ أُذَيْنَةَ عَنْ زُرَارَةَ وَ الْفُضَيْلِ بْنِ يَسَارٍ وَ بُكَيْرِ بْنِ أَعْيَنَ وَ مُحَمَّدِ بْنِ مُسْلِمٍ وَ بُرَيْدِ بْنِ مُعَاوِيَةَ وَ أَبِي الْجَارُودِ جَمِيعاً عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ ع قَالَ أَمَرَ اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ رَسُولَهُ بِوَلَايَةِ عَلِيٍّ وَ أَنْزَلَ عَلَيْهِ- إِنَّما وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكاةَ وَ فَرَضَ وَلَايَةَ أُولِي الْأَمْرِ فَلَمْ يَدْرُوا مَا هِيَ فَأَمَرَ اللَّهُ مُحَمَّداً ص أَنْ يُفَسِّرَ لَهُمُ الْوَلَايَةَ كَمَا فَسَّرَ لَهُمُ الصَّلَاةَ وَ الزَّكَاةَ وَ الصَّوْمَ وَ الْحَجَّ فَلَمَّا أَتَاهُ ذَلِكَ مِنَ اللَّهِ ضَاقَ بِذَلِكَ صَدْرُ رَسُولِ اللَّهِ ص وَ تَخَوَّفَ أَنْ يَرْتَدُّوا عَنْ دِينِهِمْ وَ أَنْ يُكَذِّبُوهُ فَضَاقَ صَدْرُهُ وَ رَاجَعَ رَبَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ فَأَوْحَى اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ إِلَيْهِ- يا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ ما أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَ إِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَما بَلَّغْتَ رِسالَتَهُ وَ اللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ فَصَدَعَ بِأَمْرِ اللَّهِ تَعَالَى ذِكْرُهُ فَقَامَ بِوَلَايَةِ عَلِيٍّ ع يَوْمَ غَدِيرِ خُمٍّ فَنَادَى الصَّلَاةَ جَامِعَةً وَ أَمَرَ النَّاسَ أَنْ يُبَلِّغَ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ

Dari Zurārah, al-Fudayl bin Yasār, Bukayr bin A`yan, Muhammad bin Muslim, Burayd bin Mu`āwiyah, dari Abī Jarūd dari Abī Ja`far (عليه السلام) bersabda:

“Allah swt telah memerintahkan NabiNya(s) dengan wilayahnya Ali, dan mewahyukan padanya; “Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)(surah 5:55), Dia telah memfardhukan wilayah Ulil Amr, dan mereka(para pengikut Rasulullah) tidak mengenali siapa mereka. Allah telah memerintahkan Muhammad(s) agar baginda menerangkan tentang solat, zakat, puasa dan Haji. Jadi apabila datang perkara ini dari Allah, Dia telah mengetatkan urusan ini ke dada Rasulullah(s), baginda menjadi risau manusia akan menjadi murtad dari agama dan risau jika mereka menuduh baginda berbohong…dan Allah mewahyukan pada baginda: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir(5:67).” Jadi baginda(s) melaksanakan perintah Allah swt, dan baginda menyebutkan dan menegakkan wilayah Ali di hari al Ghadir, dan baginda menyeru untuk solat berjemaah dan memerintahkan agar disebarkan perkara ini kepada yang tidak hadir.”

قَالَ عُمَرُ بْنُ أُذَيْنَةَ قَالُوا جَمِيعاً غَيْرَ أَبِي الْجَارُودِ وَ قَالَ أَبُو جَعْفَرٍ ع وَ كَانَتِ الْفَرِيضَةُ تَنْزِلُ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ الْأُخْرَى وَ كَانَتِ الْوَلَايَةُ آخِرَ الْفَرَائِضِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَ أَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي قَالَ أَبُو جَعْفَرٍ ع يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ لَا أُنْزِلُ عَلَيْكُمْ بَعْدَ هَذِهِ فَرِيضَةً قَدْ أَكْمَلْتُ لَكُمُ الْفَرَائِضَ

‘Umar bin Udhaynah berkata, semua kecuali Abu Jarud telah berkata bahawa Abu Jaafar(as) bersabda: “Sebuah fardhu akan diturunkan selepas sebuah fardhu, dan Wilayah adalah fardhu yang terakhir. Dan Allah swt telah telah menurunkan – Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu(5:3). Abu Jaafar(as) bersabda, bahawa Allah swt telah berfirman: “Aku tidak akan menurunkan apa-apa lagi fardhu selepas kefardhuan ini(wilayah Imam Ali), kerana Aku telah mencukupkan bagi kamu fara’id.”

Sumber Al-Kulaynī, Al-Kāfī, jil. 1, hal. 289, hadis # 4

Status: Al-Majlisī menyebut hadis ini Hasan Mir’āt Al-`Uqūl, jil. 3, hal. 250 ;  Hadī al-Najafī menyebutkan hadis ini Ṣaḥīḥ Sanad Mawsū`ah Aḥādīth Ahl al-Bayt, jil. 8, hal. 415

Yang diterima dari solat seorang pelupa

Hadith

محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد، عن ابن أبي عمير، عن هشام بن سالم، عن محمد بن مسلم، عن أبي
جعفر (عليه السلام) قال: إن العبد ليرفع له من صلاته نصفها أو ثلثها أو ربعها أو خمسها فما يرفع له إلا ما أقبل عليه بقلبه، وإنما أمرنا بالنافلة ليتم لهم بها ما نقصوا من الفريضة - صحيح

Muhammad bin Yahya dari Ahmad bin Muhammad dari Ibn Abi Umayr dari Hisham bin Salim dari Muhammad bin Muslim dari Abi Ja’far (a.s) yang bersabda : Sesungguhnya dari seorang hamba itu diterima dari solatnya – 1/2, 1/3 atau 1/4 darinya atau 1/5 darinya, maka tiada apa yang diterima melainkan jika dia mendirikan solat dengan sepenuh hatinya, dan oleh itu, kita telah ditekankan dengan solat nafilah(sunat) untuk menyempurnakan apa yang tidak diterima dari solat fardhu. (Sahih)  (Furu’ al Kafi, Kitab as Solat)

Asbab Nuzul Ayat Tabligh

 Hadith

 

Dalam tafsir Al-‘Ayyasyi 1: 331:

Dari Abu Shalih, dari Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah, mereka berkata: “Allah memerintahkan kepada Nabi-Nya Muhammad saw agar memberitahu manusia tentang Ali dan memberitakan kepada mereka tentang kepemimpinannya, lalu Rasulullah saw merasa khawatir mereka mengatakan bahwa beliau terlalu mencintai putera pamannya, dan khawatir mereka mengecam Ali karenanya, kemudian Allah menurunkan ayat ini: “Wahai Rasul, sampaikan apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika kamu tidak melakukan berarti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya, Allah menjagamu dari bahaya manusia…” (Al-Maidah: 67)

 

Dalam Al-Kafi 1: 290:

 

Muhammad bin Yahya, dari Muhammad bin Muhammad bin Al-Husein, dari Muhammad bin Ismail bin Bazi’, dari Manshur bin Yunus, dari Abu Jarud, ia berkata: Aku mendengar Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Allah Azza wa Jalla mewajibkan kepada hamba-hamba-Nya lima perkara, mereka mengambil yang empat dan meninggalkan yang satu.”

Abu Jarud berkata: Jadikan aku tebusanmu, jelaskan kepadaku semua itu. Beliau berkata: “Shalat, manusia tidak mengenal cara shalat, lalu Jibril turun dan berkata: Wahai Muhammad, sampaikan kepada mereka tentang waktu-waktu shalat mereka. Kemudian turunlah ayat tentang zakat, Jibril berkata: Wahai Muhammad, sampaikan kepada mereka tentang zakat mereka sebagaimana engkau menyampaikan kepada mereka tentang shalat mereka. Kemudian turunlah ayat tentang puasa, jika datang Asyura (sepuluh Muharram), mereka dari dusun datang kepada Nabi saw, kemudian mereka berpuasa pada hari itu, kemudian turunlah ayat tentang puasa bulan Ramadhan antara bulan Sya’ban dan Syawal. Kemudian turun ayat tentang haji, Jibril (as) berkata: Sampaikan kepada mereka tentang haji mereka sebagaimana engkau menyampaikan tentang shalat, zakat dan puasa mereka.

Kemudian turunlah ayat tentang kepemimpinan…dan kesempurnaan dengan kepemimpinan Ali bin Abi Thalib (sa). Ketika itu Rasulullah saw bersabda: “Ummatku akan kembali ke zaman jahiliyah, dan jika aku menyampaikan kepada mereka tentang hal ini, kepemimpinan putera pamanku, mereka mengatakan apa yang akan mereka katakan. Lalu aku mengatakan dalam diriku tanpa diucapkan dengan lisanku: pasti datang kepadaku kekuatan dari Allah Azza wa Jalla, atau Ia mengancam azab padaku jika aku tidak menyampaikannya. Lalu turunlah ayat ini: “Wahai Rasul, sampaikan apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika kamu tidak melakukan berarti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Allah menjagamu dari bahaya manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al-Maidah: 67).

 

Kemudian Rasulullah saw memegang tangan Ali (sa), lalu bersabda: “Wahai manusia, tidak ada seorangpun nabi sebelumku kecuali Allah memanjangkan umurnya, lalu ia berdoa kepada-Nya dan Ia mengijabah doanya, ketika ia hampir terjerumus ke dalam keraguan ia menjawabnya. Aku akan dimintai pertanggungan jawab dan kalian juga akan dimintai pertanggungan jawab, maka apa yang akan kalian katakan?

 

Mereka berkata: Kami bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan, menasehati dan melaksanakan apa yang telah disampaikan padamu, semoga Allah membalasmu dengan pembalasan yang paling utama dari semua rasul.

Kemudian beliau bersabda: “Ya Allah, saksikan; ya Allah, saksikan; ya Allah, saksikan.

Kemudian bersabda: “Wahai kaum muslimin, ini Ali pemimpinmu sesudahku, dan yang hadir hendaknya menyampaikan kepada yang tidak hadir.”

 

Nota: Hadis tentang kepemimpinan Imam Ali bin Abi Thalib (sa) yang bersumber dari para Imam suci Ahlu bait (sa) sangat banyak, jika Anda ingin mengetahui lebih rinci silahkan baca kitab-kitab hadis yang bersumber dari Ahlul bait (sa), yaitu kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadis, khususnya kitab Al-Ghadir oleh Allamah Al-Amini.

Memulakan Solat Dengan Tujuh Takbir

 ـ باب استحباب افتتاح الصلاة بسبع تكبيرات ،   وجواز إيقاع النيّة مع أيّها شاء وجعلها تكبيرة الإحرام وجواز الاقتصار على خمس   وعلى ثلاث وعلى واحدة

Bab mustahab memulakan solat dengan tujuh takbir… (Wasail al Shia)

Hadith

 [ 7244 ] 7 ـ وفي ( العلل ) : عن علي بن حاتم ،   عن القاسم بن محمّد ، عن حمدان بن الحسين ، عن الحسن بن الوليد ، عن الحسن بن   إبراهيم ، عن محمّد بن زياد ، عن هشام بن الحكم ، عن أبي الحسن موسى ( عليه   السلام ) قال : قلت له : لأيّ علة صار التكبير في الافتتاح سبع تكبيرات أفضل ـ   الى أن قال ـ قال : يا هشام ، إن الله خلق السماوات سبعاً والأرضين سبعاً والحجب   سبعاً ، فلمّا اُسرى بالنبيّ ( صلّى الله عليه وآله ) فكان من ربّه كقاب قوسين   أو أدنى رفع له حجاب من حجبه فكبّر رسول الله ( صلّى الله عليه وآله ) وجعل يقول   الكلمات التي تقال في الافتتاح ، فلمّا رفع له الثاني كبّر فلم يزل كذلك حتى بلغ   سبع حجب فكبّر سبع تكبيرات ، فلتلك العلّة يكبّر للافتتاح في الصلاة سبع   تكبيرات

 

7 – Dalam al-`Ilal dari`Ali b. Hatim   dari al-Qasim b. Muhammad dari Hamdan b. al-Husayn dari al-Hasan b. al-Walid   dari al-Hasan b. Ibrahim dari Muhammad b. Ziyad dari Hisham b. al-Hakam dari   Abu ‘l-Hasan Musa عليه السلام.  Beliau bersabda: Aku berkata kepadanya:   “Apakah sebabnya yang menjadikan takbir pembuka yang terbaik adalah   sebanyak tujuh kali? – sehingga beliau bersabda: “Wahai Hisham,   sesungguhnya Allah mencipta langit sebanyak tujuh dan bumi itu tujuh, dan   hijab itu tujuh, jadi apabila Nabi(s) dimi’rajkan dan jarak baginda dan   Tuhannya hanya dua panah atau kurang, Allah mengangkat hijab dari hijabNya,   lalu baginda bertakbir. Dan baginda tetap tentang menyebut perkataan itu yang   disebut di pembukaan. Kemudian Allah mengangkat hijab kedua, dan baginda   bertakbir, beliau tidak berhenti darinya sehinggalah tujuh takbir diangkat   dan baginda menyebut tujuh takbir. Maka oleh kerana inilah seseorang itu  bertakbir tujuh kali dalam pembukaan solat.”

 

 [ 7246 ] 9 ـ وفي ( الخصال ) عن أبيه ، عن سعد   بن عبد الله ، عن يعقوب ابن يزيد ، عن حمّاد بن عيسى ، عن حريز ، عن زرارة ، عن   أبي جعفر ( عليه السلام ) قال : أدنى ما يجزي من التكبير في التوجّه إلى الصلاة   تكبيرة واحدة وثلاث تكبيرات وخمس وسبع أفضل

 

9 – Dan di dalam al Khisal, dari bapanya dari Saad bin Abdillah dari   Ya’qub dari Hammad bin Isa dari Hariz dari Zurarah dari Abu Jaafar(as),   beliau bersabda: “Apa yang mencukupi dari takbir di dalam tawajjuh  kepada solat adalah satu takbir, dan tiga takbir dan lima dan tujuh adalah   ebih afdhal.”

 

From <http://www.tashayyu.org/hadiths/salat/takbirat-al-ihram/chapter-7>

Doa Masuk/Keluar Tandas Dan Berwudhuk

Hadith

عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عِيسَى عَنْ يُونُسَ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ عَمَّارٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ع يَقُولُ إِذَا دَخَلْتَ الْمَخْرَجَ فَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخَبِيثِ الْمُخْبِثِ الرِّجْسِ النِّجْسِ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَإِذَا خَرَجْتَ فَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِنَ الْخَبِيثِ الْمُخْبِثِ وَ أَمَاطَ عَنِّي الْأَذَى وَ إِذَا تَوَضَّأْتَ فَقُلْأَ شْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَ اجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Sumber: Al-Kulayni, Al-Kaafi, vol. 3, Kitaab Taharah, hal. 16, hadis # 1

Status Hadis: Al-Majlisi mengatakan hadis ini SAHIH dalam Mir’aat Al-`Uqool, vol. 13, hal. 53

“Aku mendengar Abu `Abd Allaah (عليه السلام) bersabda: Apabila masuk ke tandas:

بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخَبِيثِ الْمُخْبِثِ الرِّجْسِ النِّجْسِ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

bismillaahi allaahumma innee a`oodhubika minal khabeethil mukhbithir rijsin-najisish-shayTaanir rajeem’ 

Dengan nama Allah, Ya Allah, aku berlindung pada mu dari kekototan dan yang kotor, najis syaitan yang direjam.

Apabila keluar dari tandas:

بِسْمِ اللَّهِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِنَ الْخَبِيثِ الْمُخْبِثِ وَ أَمَاطَ عَنِّي الْأَذَى

“bismillaah, alHamdulillaahil ladhee `aafaanee minal khabeethil mukhbith wa amaaTa `annil-adha” 

Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari kekotoran dan yang kotor dan membuang dari ku kesukaran

Apabila berwudhuk, bacalah:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَ اجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Ash-hadu Anlaa ilaha illillaah allaahummaj-j`alnee minat-tawaabeen waj-j`alnee minal mutaTahhireen wal-Hamdulillaahi rabbil `aalameen” 

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, Ya Allah, jadikanlah aku mereka yang bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan mereka yang bersuci, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Duduk Secara Tawaruk Dalam Solat

Hadith

Salah satu Sunnah yang jarang diketahui atau didengari oleh awam orang Syiah adalah duduk secara tawaruk. InsyaAllah, berikut dikongsikan dalil-dalilnya.

Hadis Pertama

…و قعد على فخذه الأيسر قد وضع قدمه الأيمن على بطن قدمه الأيسر… 

“..Dan duduklah di atas peha kiri, dan letakkan kaki kanan di atas “perut” kaki kiri..Al-Tusi, Tahdhib Al-Ahkam, jil. 2, bab. 8, hal. 82

Status Hadis: Al-Majlisi mengatakan hadis ini Hasan –> Milaadh Al-Akhyaar, vol. 3, hal. 539

Hadis Kedua

Al Majlisi meriwayatkan sebuah lagi hadis sahih dari Hammad ibn Isa seperti di bawah.

…قَعَدَ عَلَى جَانِبِهِ الْأَيْسَرِ وَ وَضَعَ ظَاهِرَ قَدَمِهِ الْيُمْنَى عَلَى بَاطِنِ قَدَمِهِ الْيُسْرَى…

Beliau duduk di atas bahagian kiri beliau dan meletakkan bahagian luar kaki kanannya di atas perut kaki kiri..”Al-Saduq, Man la YaHDuruh Al-Faqih, vol. 1, hal. 302

Status Hadis: Al-Majlisi mengatakan hadis ini Sahih–> Milaadh Al-Akhyaar, vol. 3, hal. 539

Hadis Ketiga

Berikut pula adalah hadis yang lebih jelas:

قَالَ وَ إِذَا قَعَدْتَ فِي تَشَهُّدِكَ فَأَلْصِقْ رُكْبَتَيْكَ بِالْأَرْضِ وَ فَرِّجْ بَيْنَهُمَا شَيْئاً وَ لْيَكُنْ ظَاهِرُ قَدَمِكَ الْيُسْرَى عَلَى الْأَرْضِ وَ ظَاهِرُ قَدَمِكَ الْيُمْنَى عَلَى بَاطِنِ قَدَمِكَ الْيُسْرَى وَ أَلْيَتَاكَ عَلَى الْأَرْضِ وَ طَرَفُ إِبْهَامِكَ الْيُمْنَى عَلَى الْأَرْضِ

Beliau(as) bersabda: “Dan bila kamu duduk dalam tashahud, jadikanlah jari kaki kamu tegak di atas tanah dan lapangkanlah antaranya, dan jadikan luaran kaki kiri kamu di atas tanah dan luaran kaki kanan kamu di atas perut kaki kiri kamu, dan punggung mu di atas tanah dan jari kaki kanan kamu di atas tanah.” Al-Kulayni, Al-Kafi, vol. 3, hal. 334 – 335, hadis # 1

Status Hadis : Al-Majlisi menyebutkan hadis ini “Hasan, sanad kedua Majhul, dan sanad ketiga Sahih”–> Mir’at Al-`Uqul, vol. 15, hal. 154

Berikutnya adalah pandangan ulama awal tentang bila perlunya duduk secara tawaruk ini.

1.     Duduk di antara dua sujud

2.     Ketika tashahud.

Pendapat Pertama 

فإذا فرغت منه رفعت رأسك من السّجود. فإذا استويت جالسا، قلت: «اللّه أكبر» و ليكن جلوسك على فخذك الأيسر. تضع ظاهر قدمك الأيمن على بطن قدمك الأيسر

Apabila selesai(mengucapkan tasbih dalam sujud), angkatlah kepalamu dari sujud, dan duduk tegak, dan sebutlah “Allahu Akbar”, dan duduklah di atas peha kiri. Dan letakkan luaran kaki kanan di atas perut kaki kiri.” Al-Tusi, Al-Nihayah fi Mujarrad Al-Fiqh wa Al-Fatawa, halaman 72

Pendapat Kedua

أن يجلس متوركا و صفته أن يجلس على وركه الأيسر و يخرج رجليه جميعا فيجعل ظاهر قدمه الأيسر إلى الأرض و ظاهر قدمه الأيمن إلى باطن الأيسر

Duduk dalam tawaruk, sifat-sifatnya adalah: duduk di atas pinggul kiri, dan keluarkan kedua kaki, dan menjadikan luaran kaki kiri berada di atas tanah dan luaran kaki kanan di atas perut kaki kiri.” Al-Muhaqqiq Al-Hilli, Shara-i’ Al-Islam, vol. 1, hal. 78

Pendapat Sayed Sistani

Berikut pula apa yang dikatakan oleh Sayed Sistani tentang tawaruk:

“1112. “Adalah mustahab untuk duduk di atas peha kiri ketika tashahud, dan meletakkan bahagian atas kaki kanan ke atas bahagian belakang kaki kiri.” Al-Sistani, Risalah, Kitab Al-Salah, Bab Tashahud, Hukum # 1112

Di bawah adalah soalan yang ditanyakan tentang tawaruk kepada beliau:

sistani_tawarruk_arabic[1]

هل يمكن التورك علی فخذ الساق بين السجدتين ؟

Soalan: “Bolehkah duduk secara tawaruk di antara dua sujud?”

التورك المستحب هوان يجلس علی فخذه الايسر جاعلاً ظهر القدم اليمنی في بطن اليسری وغير هذه الحالة غير مستحب وان كان جائزاً

Jawaban: “Tawaruk adalah mustahab, duduk dalam kerendahan di atas peha kiri dan menjadikan luaran kaki kanan duduk di perut kaki kiri dan selain dari ini adalah tidak disukai dan ja’iz.”

Contoh Gambar

IMG00123-20100902-2307[1] IMG00124-20100902-2307[1]

Selamat Beramal